HARTA
Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW
bersabda:Peliharalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan kerana setiap
orang diberi suatu pemberian, maka harta itu menjadi milik yang diberi selama
hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik keturunannya.
Huraian Hadith:
1. Harta sebagai salah satu amanah yang
diberikan oleh Allah SWT kepada umat manusia haruslah disyukuri dengan cara
membelanjakannya di jalan yang diperintah oleh agama. Itulah bekalan amalan
yang akan dibawa di akhirat kelak.
2. Keserakahan akibat daripada terlalu
cinta terhadap harta akan menjadikan seseorang itu mendapat kemurkaan daripada
Allah sebagaimana yang telah berlaku terhadap Qarun yang ditelan bumi
bersama-sama dengan harta-harta yang dimilikinya.
3. Bagi mengekalkan keselesaan dan
kebahagiaan di dunia, Islam menolak beberapa tabiat buruk yang boleh mengancam
kesejahteraan hidup dan menukarnya dengan sekelip mata daripada senang kepada
susah, daripada hidup mewah kepada menderita dan papa kedana iaitu sikap suka
berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika
berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran
beberapa umat yang terdahulu.
4. Pembaziran harta juga disebut sebagai
memusnahkan harta benda sama ada secara disedari atau tidak seperti mengabaikan
ternakan dan tanaman, tidak menjaga makanan sehingga musnah dan tidak boleh
dimakan, membiarkan pakaian kotor sehingga cepat luntur, tidak menyelanggarakan
rumah kediaman, kereta dan barang kepunyaan sendiri sehingga cepat rosak dan
sebagainya.
Komentar
Posting Komentar